Kisah
Dikecam Tak Bantu Bapa Jatuh Motor, Wakil Sekolah Bersuara -“Dia Lembam..”

Pada era zaman moden ini ,orang terlalu pantas menyebarkan sesuatu video tanpa mengetahui kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan individu terbabit dikecam.
Salah satu contoh terdekat adalah sebuah video yang tular semalam menyebabkan warganet hebat mengecam seorang pelajar sekolah kerana tidak membantu bapanya terjatuh daripada motorsikal.
Dikecam Tak Bantu Bapa Jatuh Motor
Menerusi video dashcam yang dimuat naik semula oleh penangkini di laman Instagram, dilihat seorang ayah sedang berada di hadapan sekolah untuk mengambil anak perempuannya sebaik sahaja tamat sesi persekolahan.
Walau bagaimanapun, si ayah dilihat gagal mengimbangi badannya sehingga menyebabkan dirinya terjatuh di atas jalan raya. Akan tetapi, tindakan si anak yang hanya mengendahkan ayahnya itu telah menerima banyak kritikan dan cemuhan warganet kerana langsung tidak membantu dan hanya memandang di sekeliling sahaja.
Namun, lain pula kisah sebenar apabila wakil sekolah pelajar berkenaan tampil bersuara dan meminta agar individu yang menyebarkan video tersebut memadamnya dan meminta maaf kepada keluarga terlibat.
Ini kerana video tersebut menyebabkan ramai salah faham sehingga mengguriskan hati pihak sekolah dan keluarga pelajar terbabit.
“Mohon panjangkan kepada pemilik TikTok ini. Delete video ini. Amat mengguris hati warga Semnash Besut. Mohon jai-99 mohon maaf kepada pelajar dan keluarga mereka,”tulis wakil sekolah berkenaan.
Dia pelajar lembam
Dalam pada itu, pihak sekolah menjelaskan bahawa pelajar berkenaan sebenarnya mempunyai kekurangan di mana dia sebenarnya di bawah kategori lembam dan lambat bertindak.
“Pelajar kita ini lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun.
“Kasihan pelajar ini. Semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebarkan tanpa mengetahui kebenaran.”jelasnya lagi.
Difahamkan, pemilik asal tersebut sudah memadam video.
Sumber:Oh MY MEDIA
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.