Connect with us

Kisah

Cemerlang 6A SPM & Di Balapan, Atlet 100m Muhammad Azeem Terima 2 Tawaran Universiti Di AS

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

Cemerlang 6A SPM

Cemerlang 6A SPM & Di Balapan.Sukan bukan lah penghalang untuk kita memperolehi kejayaan dalam menuntut ilmu.

Atlet olahraga remaja Malaysia, Muhammad Azeem Mohd Fahmi telah membuktikan bahawa dunia sukan dan akademik mampu diseimbangi mana-mana remaja jika punya kemahuan dan iltizam yang tinggi.

Ini setelah bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh itu memperolehi keputusan cemerlang 6A SPM peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), bulan lalu.

Cemerlang 6A SPM & Di Balapan

Cemerlang 6A SPM

Bukan sahaja cemerlang dalam dunia akademik. Awal Julai lalu, Azeem juga cemerlang dalam dunia sukan setelah merekodkan catatan peribadi terbaik bagi acara 100m (10.28 saat) dan acara 200m (20.89 saat).

Secara tidak langsung, Azeem telah melayakkan diri menyertai Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia yang bakal berlangsung dari 1 hingga 16 Ogos ini.

Cemerlang 6A SPM

Justeru, kejayaan Azeem dalam bidang akademik dan sukan ini telah menarik perhatian beberapa pihak dari dalam dan luar negara yang kini sedang menawarkan pelbagai peluang untuknya melanjutkan pengajian.

Atlet 100m Muhammad Azeem Terima 2 Tawaran Universiti Di AS

Cemerlang 6A SPM

Kata Ketua Jurulatih skuad olahraga kebangsaan Mohd Manshahar Abdul Jalil, antara peluang yang hadir termasuklah daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang menawarkan program pengajian diploma dan biasiswa.

Pihaknya juga mendapat tahu minat Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk berbincang dengan lebih mendalam mengenai tawaran mereka kepada Azeem. Khabarnya, Azeem juga turut menerima tawaran daripada dua buah universiti yang berpangkalan di Minnesota, Amerika Syarikat!

Cemerlang 6A SPM

Sama ada Azeem memilih untuk melanjutkan pengajian di dalam atau di luar negara, Mohd Manshahar berpendapat keputusan tersebut terletak di tangan atlet berusia 18 tahun itu, ibu bapa serta jurulatihnya. Mereka dijadualkan bersemuka bagi membincangkan masa hadapan Azeem dan menentukan destinasi yang akan ditujunya.

Begitupun, Mohd Manshahar berpendapat tidak salah bagi Azeem menyambung pengajian di luar negara sekiranya ia bermakna Azeem akan mendapat tajaan yang baik dan tempat yang bagus.

“Itu hak dia itu memilih. Bagaimanapun, saya rasa yang penting adalah apa yang terbaik untuk dia berada dalam kelompok (pelari) terbaik dunia,” ulasnya kepada pemberita.

Cemerlang 6A SPM

Nampaknya, masa hadapan sukan olahraga Malaysia sedang berada di laluan yang cerah apabila satu-persatu atlet negara mencipta kejayaan peribadi.

Ini termasuklah kejayaan Azeem ini dan seorang lagi atlet remaja bernama Jad Rizalman Washif yang telah mencipta rekod baharu MSSD Ranau, baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada Muhammad Azeem Mohd Fahmi atas kejayaan Cemerlang 6A SPM & Di Balapan.

Sumber:Remaja

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU