Cara Masak Lemang Trending Terkini 2019 Cepat dan Senang Masak.

Cara Masak Lemang Trending Terkini 2019 Cepat dan Senang Masak.

Lemang ialah sejenis masakan tradisi Melayu yang sangat istimewa dan digemari ramai. Apabila tiba hari raya, lemang adalah menu yang wajib ada untuk juadah keluarga. Lemang biasanya dimakan bersama serunding atau rendang.

Lemang dihasilkan daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam lubang buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar menggunakan kayu api sehingga masak. Berikut adalah cara biasa memasak lemang.

Bahan-bahan

  • 1 kilo beras pulut
  • 3 biji kelapa (ambil santannya) 2 batang buluh
  • Garam untuk penamba perisa

Cara penyediaan

  • Beras pulut dibasuh terlebih dahulu dan tuskan airnya.
  • Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam lubang buluh mengikut bulatan buluh.
  • Kemudian masukkan santan ke dalam buluh.
  • Seterusnya masukkan beras pulut yang telah dituskan ke dalam gulungan daun pisang dalam buluh tersebut, jangan penuhkan buluh, tinggalkan ruang lebih kurang 2 inci
  • Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 10 minit perlu dibalik-balikkan supaya lemang masak sama rata.
  • Bakar selama lebih kurang satu jam.
  • Selepas itu lemang boleh dimakan pada bila-bila masa. Yummy!

Cara Masak Lamang Terbaru, cepat dan senang masak

Viral di laman sosial baru-baru ini beberapa keping foto cara terbaru memasak lemang menggunakan tong drum, katanya kaedah ini cepat dan senang memasak lemang.

Antara komen nitizen:

Juakhir Jupri – Tetbaiklah bro, tahniah diatas idea yg bernas lagi berfaedah buat semua , tk semuga allah permudahkan urusan kita semua, amin

Ayub Mechanical Facilitator – Terbaik. Saya punya 40 btg sekali masak

Muhammad Izdiharuddin Head Banger Jr. – Mmg kena cat warna merah, bru cepat masak lemang nye

Cat warna merah kat luar ja, kat dalam tidak perlu cat risau memudaratkan kesihatan pada masakan lemang nanti. Tujuan mengecat merah ialah supaya lemang cepat masak

Kredit image pada ownernya, admin tidak pasti siapa pemiliknya, apapun terima kasih berkongsi idea ini. Semoga bermanfaat untuk semua pembaca. Via Abg Donny Bin ien

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Majalah Ilmu

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*