Connect with us

Resepi Viral

Cara Masak Char Kuey Teow Homemade Dengan Sos Rahsia, Simpan Dalam Freezer Berbulan Pun Masih Sedap!

Published

on

cara masak char kuey teow

Cara Masak Char Kuey Teow Homemade Dengan Sos Rahsia, Simpan Dalam Freezer Berbulan Pun Masih Sedap!

Malaysia memang terkenal dengan makanan yang sedap, pelbagai rasa dan mudah dijumpai dimana-mana. Oleh kerana masyarakat kita berbilang kaum dan agama, selera mereka juga tidak kekok berkongsi makanan tradisi masing-masing. Begitu juga dengan hidangan paling popular, char kuey teow yang amat digemari hampir semua orang sama ada kaum Melayu, Cina, atau India. Kerana keunikan rasanya, kadang kala agar sukar mencari yang kena dengan citarasa sendiri. Artikel kali ini, kami ingin berkongsi cara masak char kuey teow yang sedap dengan sos rahsia untuk simpanan berbulan.

Cara-cara buat sos char kuey teow

1. Untuk resepi ini, sekilo udang digunakan. Mula-mula, rebus kepala udang bersama kulitnya sekali. Kuantiti air mesti sama paras dengan udang.

cara masak char kuey teow

2. Apabila air rebusan udang sudah sejuk, kisarkan ia sehingga hancur.

cara masak char kuey teow

3. Kemudian, tapiskan ke dalam periuk. Hampas dan udang perlu diasingkan dan dibuang (ada yang guna untuk baja tanaman).

cara masak char kuey teow

4. Air udang yang ditapis perlu dicampur dengan:

  • 2 senduk kicap manis
  • 2 senduk kicap pekat
  • 2 senduk sos tiram
  • 2 kiub ikan bilis
  • 2 sudu cili boh

cara masak char kuey teow

5. Tambahkan juga 6 ulas bawang putih yang diketuk kasar.

cara masak char kuey teow

6. Biarkan sehingga mendidih dan perlahankan api. Pastikan kuah direneh lebih kurang 30 minit atau lebih. Ketika itu, bawang putih yang diletakkan tadi akan mula hancur sehingga menjadikan kuah pekat. Garisan atas sebelum mendidih.

cara masak char kuey teow

7. Apabila sos siap, boleh sejukkan dan simpan dalam bekas ketat bertutup. Masukkan dalam freezer agar tahan lama.

cara masak char kuey teow

Cara masak char kuey teow

  • Mula-mula, tumiskan 2 ulas bawang putih.
  • Masukkan pula udang.
  • Letak 1 senduk sos char kuey teow yang kita buat.
  • Tambahkan sedikit air lalu masukkan kuey teow.
  • Masukkan telur sebiji, taugeh, dan daun kucai.
  • Char kuey teow siap untuk dihidangkan.

cara masak char kuey teow

Tidak sampai 5 minit, resepi char kuey teow ini siap menjadi santapan anda sekeluarga. Diharapkan resepi dan perkongsian cara masak char kuey teow tadi dapat memberikan anda pengetahuan yang bermanfaat untuk menjamu keluarga di rumah. Memang sedap dapat makan char kuey teow homemade ketika hujan. Rasa hangat dan menyelerakan.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Fatin Nur Izzah

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!