Kisah
Bukan Buka Aib Sendiri… Wanita Kongsi Kisah Perit Jadi Penghuni Henry Gurney, Pensyarah Pandang Semacam Semasa Belek Sijil – “Ada Ke Lelaki Nak Terima Aku”

Bercerita serba sedikit kisah sebagai penghuni di sekolah pemulihan akhlak yang terletak di Telok Mas, Melaka menerusi aplikasi TikTok, ternyata ramai netizen yang teruja dengan perkongsian wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Rieyna ini.
“Saya dijatuhkan hukuman selama tiga tahun. Saya masuk di bawah Seksyen 46 iaitu Kanak-kanak Tak Terkawal. Sebelum ini saya di sekolah Tunas Bakti, saya dan kawan-kawan seramai lima orang lari dari sekolah itu. Kemudian kami ditahan semula dalam tempoh tiga bulan dan dijatuhkan hukuman ke Sekolah Henry Gurney,” ceritanya.
Wanita Kongsi Kisah Perit Jadi Penghuni Henry Gurney
Sehingga kini video berkenaan meraih sehingga lebih 498,000 jumlah tontonan dalam tempoh 24 jam sejak dimuat naik.
Menurut Rieyna, dia dimasukkan ke Henry Gurney sewaktu berusia 15 tahun.
Berkongsi lebih lanjut mengenai kisahnya, Rieyna berkata kesalahan yang dilakukannya itu adalah terdorong oleh jiwa remaja yang ingin bebas lantaran merasakan agak terkongkong ketika ditempatkan di sekolah Tunas Bakti.
“Tiga bulan kemudian, polis dapat mengesan dan kami ditangkap seterusnya dibawa ke mahkamah. Di mahkamah, kami mengaku kesalahan dan dijatuhkan hukuman selama tiga tahun.
“Pada awalnya, memang sangat sukar… asyik berfikir macam mana hidup dekat sini. Boleh dikatakan hampir setahun juga nak biasa dan terima suasana baru.
“Keluarga dibenarkan melawat pada hari raya, tapi hari raya kedua dan waktu cuti umum. Namun keluarga saya jauh di Kedah… ibu melawat dalam dua atau tiga bulan sekali. Hanya surat saya hantar untuk meluahkan perasaan,” ceritanya
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini, sebagai bekas penghuni Henry Gurney, dia tidak terkecuali berdepan dengan segelintir individu yang mempunyai stigma tertentu terhadap golongan sepertinya.
Ujarnya, perkara tersebut sedikit sebanyak mewujudkan rasa malu, rendah diri ketika berdepan dengan khalayak serta takut kepada bayang-bayang sendiri.
“Masa saya sambung belajar di kolej, ada juga pensyarah yang mempunyai pandangan tertentu selepas melihat sijil-sijil saya. Kita dapat rasakan perkara itu dan kadang kala berfikir adakah seseorang tiada peluang kedua?
“Begitu juga dengan segelintir masyarakat yang bersifat ‘judgemental’. Tanpa tahu cerita sebenar, terus saja label perempuan yang buat salah ni kononnya ada isu moral, mengandung luar nikah. Selalu buat spekulasi sendiri.
“Bila sikap seperti ini ada dalam masyarakat, ia sedikit sebanyak timbulkan tekanan. Kami akan fikir, ada ke orang nak kawan, ada ke lelaki nak terima dan sebagainya. Alhamdulillah, pasangan saya boleh terima ketika saya cerita tentang diri saya,” ujarnya yang kini menetap di kampung halamannya.
Bukan mahu mendedahkan aib sendiri di media sosial, Rieyna berkata perkongsiannya adalah untuk dijadikan iktibar dan pedoman khususnya buat generasi muda.
“Saya hanya kongsi pengalaman dan pasal sekolah Henry Gurney sebab mungkin ada adik-adik yang tak tahu. Ia sebagai pengajaran agar kesilapan yang pernah saya lakukan takkan diulangi lagi budak-budak yang sedang meningkat usia.
“Bayangkan, tempoh tiga tahun macam-macam boleh buat… kalau masuk ‘dalam’, dah terbuang masa. Tapi apa yang dah terjadi mendatangkan hikmah kepada saya. Saya tak salahkan mana-mana pihak. Alhamdulillah, ia banyak mengajar saya.
“Bohonglah jika tak terbit rasa menyesal… lebih-lebih lagi bila dah ada anak. Teringat apa yang keluarga dah lalui disebabkan saya. Manusia tak lepas dari buat silap namun layak diberi peluang kedua.
“Bagi saya, anggota masyarakat sepatutnya beri ruang dan bukan makin menjauh. Mereka perlu terbuka minda dan usah bersikap menghukum. Pendek kata, berfikir sebelum berkata-kata kerana kita tak tahu ‘struggle’ setiap orang,” ujarnya mengakhiri bicara.
Sumber:Mstar
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah