Connect with us

Keluarga

Pentingnya Waktu Bonding Dengan Anak & 6 Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Erat Hubungan Bersama

Published

on

bonding dengan anak

Pentingnya Waktu Bonding Dengan Anak & 6 Tips Yang Boleh Dilakukan Untuk Erat Hubungan Bersama

Tidak dinafikan sebagai ibu bapa pastinya kita sudah cuba untuk melakukan yang terbaik untuk keluarga khususnya anak-anak yang sedang membesar. Namun kadang kala tugas, dan kesibukan di luar menjadikan kita terlupa untuk bertanya khabar mereka dengan lebih mendalam melalui waktu bonding dengan anak. Ada sesetengah mengatakan, “Alah cukuplah tu yang penting makan, minum, duit jajan sekolah semua ada. Pandailah diorang jaga diri.” Menurut anda, betul ke?

Bonding dengan anak adalah golden time

Pejam celik, pejam celik cepatnya anak-anak membesarkan. Rasa macam baru semalam sahaja kita sambut kelahirannya di dunia ini. Begitulah kehidupan, kita seakan-akan berkejar-kejaran dengan masa. Sudah tentu sebagai ibu bapa kita tidak mampu mengembalikan momen bonding dengan anak yang lepas. Tetapi masa yang masih tersisa ini, jangan dipersia.

Menurut pakar psikologi kanak-kanak, bonding dengn anak adalah ikatan emosional yang terjalin antara ibu bapa dan anak. Aktiviti ini adalah golden time yang memiliki banyak manfaatnya kepada semua aspek seperti perkembangan personaliti, psikologi, emosi, sosial, dan sebagainya.

Nampak macam tidak penting, tetapi sebenarnya ia berkait rapat dengan membentuk masa depan anak anda untuk masa akan datang. Bermula dari kecil, hasilnya akan kita lihat semasa mereka meningkat umur nanti.

Membentuk perkembangan psikologi anak dengan kebersamaan

Bonding dengan anak sering dikaitkan dengan mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Tetapi realiti, masih banyak yang anda belum tahu lagi kesannya pada psikologi mereka.

Perkongsian dari seorang pengguna Facebook, Mohd Yazid Ismail berkata beliau dan isteri sangat menitikberatkan tentang special bonding session setiap satu anaknya. Cara Yazid, beliau akan bawa seorang anaknya untuk keluar bersama-sama, berjalan atau sekadar makan berdua. Masing-masing akan berkongsi cerita, luahan, dan rasa tanpa ada “barrier” antara satu sama lain.

Kemudian, ia juga akan berlaku pada anak yang seterusnya. Begitulah cara ayah kepada enam orang cahaya mata ini membentuk bonding dengan anak sejak kecil lagi. Sehingga kini anaknya yang paling sulung berumur 14 tahun, aktiviti tersebut masih tetap berjalan seperti biasa.

“Anak rasa dirinya special, dihargai, dan ada orang yang sedia mendengar luahan perasaan yang lama terpendam”, katanya.
Menurutnya lagi, “sesi bonding juga saya gunakan untuk bagi motivasi dan nasihat yang spesifik untuk setiap anak. Masing-masing ada perangai dan masalah yang berbeza, maka nasihat pun berbeza tak sama dengan adik beradik yang lain.”
Bahkan menutut Bruce D. Perry faktor perkembangan bayi sejak lahir boleh dibentuk dari bonding bersama ibu bapa. Hal ini kerana ia sangat membantu dari segi mengelakkan pertumbuhan yang lambat, mood dalam bentuk pemakanan, fungi emosi, sifat tenang, dan agresif dalam diri mereka.

Tips untuk mencipta bonding time dalam keluarga

Sebetulnya, setiap ibu bapa mempunyai cara yang tersendiri untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Namun begitu, ini adalah tips yang berkesan bagaimana untuk anda  cipta bonding dengann anak dalam kesibukan setiap hari.

1. Selalu peluk dan rapatkan hubungan dengan anak

bonding dengan anak

Ambil masa 5 minit untuk menyapa dan peluk mereka semasa bangun dari tidur setiap pagi. Jika anda yang kejutkan mereka, cuba perhatikan wajah mereka seketika dahulu. Renung semula momen pertama kali mereka lahir ke dunia ini. Suka, duka, sedih, dan gembiranya kenangan bersama anak-anak. Ini sebagai terapi untuk kita kembali mengenal bahawa mereka anugerah dan pinjaman oleh Tuhan.

2. Rajin bercakap dan berkongsi cerita

bonding dengan anak

Sesibuk mana pun kita tidak boleh memberi alasan tiada masa kerana dunia hari ini sudah cukup canggih dengan teknologinya. Talian komunikasi tidak pernah terputus selagi mana anda mahu menghubungi dan berbicara dengan anak-anak.

3. Menjadi pendengar setia

Kita mungkin bukan pakar motivasi, bukan juga pakar kanak-kanak atau guru yang pandai untuk mengajar dan memberi nasihat. Tahu segala masalah dalam rumah khususnya masalah anak-anak yang setiap seorang berbeza umurnya. Tetapi kita mempunyai hati dan perasaan. Kita mampu untuk menjadi pendengar setia dengan memberikan telinga untuk mendengar cerita, dan mulut untuk mententeramkan jiwa mereka.

4. Gunakan bahasa cinta dan sayang

“I love you, anakku!”. “Mama, bertuah lahirkan anak mama dekat dunia ni!”

Kata-kata yang baik akan memberi respon yang baik. Begitu juga sebaliknya.

5. Beri perhatian setiap masa

Perhatian bukan beerti kita sentiasa mengawasi anak-anak 24 jam sehingga mengongkong mereka untuk bermain dan bersosial dengan kawan-kawan. Tetapi, berikan perhatian dengan rasa kasih kita kepada mereka. Lupakan seketika kerja dan gajet, ambil masa untuk bersama tanpa gangguan apa-apa.

6. Sentisa amalkan solat berjemaah bersama

bonding dengan anak

Ini amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam untuk membina institusi kekeluargaan yang baik dan diberkati. Lazimkan diri ayah menjadi imam, anak-anak lelaki menjadi bilal, dan yang lain menjadi makmum. Bila waktu doa, ayah pimpinlah doa sungguh-sungguh manakala yang lain amiin kuat-kuat. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati keluarga kita.

Diharapkan artikel ini boleh memberikan ibu bapa sedikit galakan dan motivasi untuk menjadi yang terbaik di antara yang terbaik. Moga dengan rasa tanggungjawab yang betul-betul diberikan untuk menjaga anugerah ini, akan dilimpahkan lebih banyak pahala untuk kita sebagai ibu bapa.

Sumber: Mohd Yazid Ismail

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

2024 Majalah Ilmu © Hak Cipta Terpelihara.