Connect with us

Kisah

Bayi 18 bulan derita buah pinggang bocor

Published

on

Kebiasaanya bayi sesusia 18 bulan sudah pasti aktif bermain seperti bayi normal tetapi situasi berbeza dilalui Muhammad Aqil Iskandar Mohd Ashraf, 18 bulan yang mengalami masalah buah pinggang bocor sejak empat bulan lalu.

Menurut ibunya, Noor Athirah Abdullah, 23, anak bongsu daripada tiga beradik itu dikesan menghidap penyakit berkenaan selepas mata belah kanan dan buah zakarnya membengkak.

Bayi 18 bulan derita buah pinggang bocor

“Mula-mula saya ingatkan ia bengkak disebabkan digigit semut tapi bila saya hantar ke hospital, doktor mengesahkan Aqil mengalami masalah buah pinggang bocor.

“Doktor juga memaklumkan Aqil merupakan pesakit buah pinggang bocor paling muda mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Athirah berkata, disebabkan usianya yang masih kecil, Aqil hanya boleh bergantung dengan ubat dan hanya dibenarkan membuat dialisis air ketika berusia tiga tahun.

“Disebabkan itu keadaan badan Aqil dan buah zakarnya akan terus membengkak sekali gus membuatkan dia sukar untuk berjalan.

“Kami ada juga ikhtiar rawatan alternatif lain dan Alhamdulillah ada perubahan cuma kosnya agak mahal iaitu sehingga RM400 sekali rawatan.

“Aqil pun tak boleh makan sebarangan dan tak boleh minum susu banyak kerana akan beri kesan kepada kesihatannya,” katanya.

Ibu muda itu berkata, disebabkan keadaan kesihatan Aqil yang tidak menentu, dia dan suami terpaksa membuat keputusan untuk berhenti kerja kerana kerap kali mengambil cuti.

Bagi menampung kos rawatan Aqil dan perbelanjaan harian mereka lima beranak, Noor Athirah mengambil tempahan membuat kuih manakala suaminya bekerja sebagai penghantar barang.

“Tapi pendapatan itu tak menentu dan kami perlu catu perbelanjaan, tengok apa yang perlu didahulukan.

“Kami nak bekerja makan gaji, tapi masalahnya susah majikan nak faham keadaan kami sekarang.

“Kami tak pernah nak minta bantuan sesiapa termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal, tetapi jika ada yang sudi membantu, kami tak menolak,” katanya.

Apa yang paling diharapkan Noor Athirah ketika ini ialah rawatan untuk menyembuhkan Aqil kerana tidak sanggup melihat bayinya itu menderita.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Noor Athirah di talian 018-9553236.

Sumber :Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

error: Content is protected !!