Kisah
Bapa Tanya Nak Tak Bunga Masa Konvokesyen , Pemuda Ini Kata Datang Pun Dah Cukup, “Tengok Abah Depan Mata, Terubat Kerinduan Pada Arwah Mak”

Bapa Tanya Nak Tak Bunga Masa konvokesyen
“Sekarang ni abahlah ayah, abahlah mak saya. Walaupun abah lebih suka memendam perasaan, tapi abah seorang ayah yang penyayang.”
Bagi seorang pemuda ini, kehadiran bapa tercinta sudah baginya meraikan kegembiraan itu meskipun tanda ibu di sisi.
Abah: Dik, nak bunga tak?
Saya: Tak apalah bah, cukuplah abah datang majlis konvo adik ni dan wakilkan arwah mak sekali.
Bapa Tanya Nak Tak Bunga Masa konvokesyen
Memuat naik gambar bersama bapanya, perkongsiannya itu menjadi tular dengan lebih 12,000 diulang kicau dan meraih 28,000 tanda suka (like).
Pemuda berkenaan, Badrul Halim Katimin berkata, majlis konvokesyen itu berlangsung di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sabtu lalu, sempena tamat pengajian dalam Sijil Pemasangan Elektrik di Kolej Komuniti Segamat 2 di Segamat, Johor.
Dia yang berusia 21 tahun berkata, soalan mengenai pemberian bunga itu diajukan oleh bapanya, Katimin Rujikun, 67, sebab banyak gerai menjual bunga untuk dijual kepada pengunjung majlis konvokesyen.
“Sebenarnya saya dah lama dan banyak kali tanya abah (panggilan bapa), boleh ke abah datang ke majlis konvo saya. Tapi, abang ambil masa untuk beri jawapan.
“Saya risau juga sebab macam abang dulu, tak ada siapa pun datang masa konvo sijil dia, sedih juga tengok. Alhamdulillah, kali ni abah datang,” katanya kepada mStar.
Bagi anak bongsu daripada lapan beradik itu, besar harapannya untuk melihat bapa kesayangan hadir pada majlis konvokesyennya selepas pemergian ibu tercinta.
Menurut Badrul, ibunya meninggal dunia akibat masalah pernafasan tiga hari sebelum dia mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Sejak mak dah tak ada, abah lebih suka mendiamkan diri. Tak banyak cakap dan suka pendam. Abah seorang peneroka Felda, jadi rumah kami ada banyak pokok.
“Kalau nampak abah tengah tebang pokok, potong rumput tu maknanya abah cuba meluahkan perasaannya. Kadang-kadang ada juga dia bercerita dengan saya, kadang-kadang memang pendiam,” katanya dengan nada sebak.
Badrul yang berasal dari Felda Pemanis 1 di Segamat mengakui sebak apabila mengenang hidupnya kini tanpa seorang ibu, namun bersyukur masih mempunyai seorang insan bergelar bapa.
“Saya masih teringat macam mana riak wajah abah masa mak menghembuskan nafas terakhirnya kat hospital. Walaupun masa tu saya menangis, tapi saya masih teringat wajah sedih abah kehilangan insan tersayang.
“Sekarang ni abahlah ayah, abahlah mak saya. Walaupun abah lebih suka memendam perasaan, tapi abah seorang ayah yang penyayang.
“Sebab itulah apabila nak majlis konvokesyen, saya berharap sangat abah datang tengok saya ambil sijil. Bila tengok abah depan mata, bukan saja hati ni memang seronok, tapi juga terubat kerinduan pada arwah mak,” katanya yang kini menyambung pengajian dalam Diploma Penjaga Jentera Elektrik di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah, Melaka.
Sumber:Mstar
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah