Kisah
Bapa Mulut Lancang! Tergamak Doa Anak Perempuan Masuk Neraka… Puncanya Minta Izin Nak Bertunang

Namun berbeza bagi gadis ini yang bapanya bukan sahaja didakwa tidak menjalankan tanggungjawab malah turut mendoakan kecelakaan ke atas anak sendiri hanya kerana menyuarakan hasrat untuk bertunang.
Berkongsi tangkap layar perbualannya di media sosial, gadis berusia 18 tahun yang ingin dikenali sebagai Afina meluahkan perasaan kecewa dengan sikap bapanya itu.
Bukan sahaja tidak memberi izin untuk bertunang malah si bapaturut mengherdik dengan ungkapan yang tidak sepatutnya.
Bapa Mulut Lancang! Tergamak Doa Anak Perempuan Masuk Neraka
“Jangan! Selagi awak tak sampai umur 25. Ingat Allah sikit, jangan nak fikir nafsu syaitan.
“Banyak sangat ke awak dah buat amal ibadat… banyak dah pahala awak nak bawa masuk kubur!
“Abah tak izin. Faham! Kalau awak ingkar cakap abah ni… abah doakan awak tak selamat dunia dan akhirat,” demikian mesej balas yang dihantar bapanya.
Terluka dengan sikap ayahnya itu, Afina kemudian mengatakan bahawa baginya ungkapan ‘abah’ hanya sekadar panggilan untuk seorang bapa.
Tindakan tersebut kemudian membuatkan ayahnya bertambah berang kerana dikatakan bersikap ‘melawan’ dan cuba mengingkari keputusan yang diberikan.
“Lawan bapa awak ni… mudah-mudahan neraka jahanam tempat awak, kakak!
“Kekal dalam neraka. Amin ya Allah,” balas bapanya lagi sambil menghantar emoji tangan sedang berdoa.
Tidak terhenti begitu saja, Afina yang turut dipanggil kakak oleh keluarga kemudian menegaskan bahawa ayahnya bukanlah individu yang menjaga dirinya sejak kecil.
Ekoran itu, dia terus dilabel sebagai anak derhaka oleh ayahnya sendiri.
Enggan terus menerima kata-kata nista daripada seorang bapa, dia mengambil keputusan untuk ‘menyekat’ setiap mesej yang dihantar.
Ketika dihubungi mStar, gadis yang mesra disapa Fina itu menyatakan dia adalah anak tunggal dan tinggal bersama datuk dan nenek di kampung.
Mengakui tidak rapat dengan bapanya sejak kecil, ujar anak jati Pahang itu lagi, situasi yang dialami berpunca daripada penceraian antara kedua orang tuanya.
“Mak dan ayah saya bercerai sejak umur saya dua bulan lagi. Jadi saya tidak duduk dengan mereka,” ujarnya memulakan bicara.
Tambahnya, sejak kecil dia menguruskan kehidupan sendiri termasuk mencari duit untuk menanggung perbelanjaan harian.
“Saya sedar juga, saya baru 18 tahun… thats why saya decide untuk tunang bukan berkahwin.
“Walaupun masih di usia remaja, apa yang saya lalui sekarang ni dah setanding orang yang berumur. Semua benda pun saya tanggung sendiri di usia muda ni,” luahnya lagi.
Malah dakwa Fina lagi, bapanya juga enggan menampung perbelanjaan jika dia ingin melanjutkan pelajaran.
Sebaliknya si bapa meminta dia bekerja dan mencari duit sendiri untuk meneruskan impian tersebut.
“Lagipun ayah tak mahu tanggung saya belajar. Sia-sia saja dapat sijil SPM (Sijil Pelajaran Malaysia).
“Tapi lebih baik saya bekerja, lagipun saya nak naik pangkat juga,” ujarnya yang kini bekerja dalam bidang pengendalian makanan (F&B) di sebuah hotel lima bintang.
Terdahulu, video perkongsiannya itu menjadi tular sehingga mendapat sejuta tontonan di samping 64,500 tanda suka.
Rata-rata warganet meluahkan rasa sedih dengan situasi yang dialami Afina dan turut memberi sokongan kepadanya.
“Ya Allah kak… stay strong. Doa kat Allah semoga lembutkan hati ayah awak.
“Pakcik kira beruntung sebab anak pakcik minta izin kahwin daripada dia kahwin lari… kena ingat anak pakcik tu nak bina masjid.
“Kenapa dia nak doakan buruk-buruk pula,” luah beberapa netizen di ruangan komen.
Sumber:Mstar
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah