Kisah
Baik Hati Bagi Nombor OTP, Peniaga Char Kuey Teow Terduduk Kena Tipu… Scammer Kikis Sampai Tinggal RM1.97!

Kadang-kadang kita niat baik nak tolong orang dalam kesusahan tapi lain pula jadi seperti seorang lelaki ini mahu membantu individu disangka berada di dalam kesusahan berakhir dengan insiden pahit yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Manakan tidak, wang berjumlah lebih RM5,000 dalam akaun bank miliknya lesap dikebas individu berkenaan.
Baik Hati Bagi Nombor OTP, Peniaga Char Kuey Teow Terduduk Kena Tipu
Hanya dalam masa kurang daripada lima minit, sebanyak lima kali transaksi pemindahan wang kepada akaun yang tidak diketahuinya berlaku, membuatkan lelaki tersebut terduduk melihat baki akaun yang ditinggalkan.
Berkongsi semula kejadian yang berlaku tengah malam Isnin, Fairul Asni Hamzah, 28, berkata pada mulanya dia menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada nombor yang tidak dikenali.
Individu yang memperkenalkan diri sebagai Salina, memberitahu bahawa dia tersilap memasukkan nombor telefon dalam satu urusan jual beli, menyebabkannya tidak dapat menerima mesej di telefon bimbitnya.
“Dia minta saya screenshot dan hantar mesej yang saya terima sebab dia tersalah masukkan nombor telefon yang sebenarnya nombor saya. Saya pula ketika itu sedang sibuk kemas barang jualan dan nak pulang.
“Pada mulanya saya risau dan saya siap cakap, ‘takut ni scammer’. Dia menafikan dan tak henti-henti mesej. Dia cakap dia susah berniaga dan saya faham struggle nak dapat untung kerana saya juga peniaga.
“Dapat saja mesej, saya terus screenshot dan tak perasan rupa-rupanya itu ialah mesej OTP (one time password). Balik rumah mandi, baru sempat pegang handphone, tiba-tiba ada notifikasi transaksi.
“Mula-mula RM2,000 dipindahkan, transaksi kedua RM2,000 lagi. Apabila dua kali transaksi aneh berlaku, saya nak pindahkan wang dalam akaun bank lain tapi tak sempat.
“Kemudian berlaku lagi tiga transaksi dan keseluruhan wang yang lesap berjumlah Rm5,444. Hanya tinggal baki RM1.97 saja. Lima transaksi berlaku kurang daripada lima minit,” ceritanya kepada mStar.
Fairul berkata tanpa melengahkan masa, dia segera bergegas ke balai polis untuk membuat laporan.
“Pukul 1 pagi saya buat report. Polis kata sememangnya ia adalah taktik scammer.
“Sepanjang malam tu saya tak dapat lelapkan mata. Esok pagi, saya terus pergi ke bank yang berkaitan untuk membuat aduan.
“Namun setakat ini, tiga kali dah pergi bank, sepertinya tiada harapan wang saya akan diperoleh kembali,” ujar pemuda yang mengusahakan gerai char kuey tiow di Felda Jengka 16, Pahang ini.
Mengakui ia adalah berpunca daripada kecuaian diri sendiri, Fairul yang juga bapa kepada tiga orang cahaya mata ini berkata dia sememangnya terkesan namun memilih untuk berlapang dada dan reda dengan ujian tersebut.
“Saya tahu kes scammer sebab selalu baca sebelum ini. Saya sendiri cuba berhati-hati namun apakan daya, ketika itu mungkin sibuk dan didorong rasa simpati kerana ayat-ayatnya… saya jadi mangsa.
“Tak apalah, saya anggap tak ada rezeki saya. Saya positif Allah nak bagi rezeki lebih kelak. Apabila saya kongsi di Facebook, ramai yang komen dan DM, mereka juga pernah kena dan beri kata-kata semangat. Kawan-kawan pun ramai nak hulur bantuan… terima kasih sangat.
“Ada juga yang kecam sebab saya cuai… tak apalah, mungkin mereka belum terkena. Saya kongsi cerita ini sebagai pengajaran bersama. Saya nak share inilah taktik yang scammer guna jadi beringatlah supaya tak jadi mangsa.
“Kepada mereka yang bergelar scammers, ingat, tak halal dan tak berkat duit tu. Kerja malas, usaha tak nak… hanya tahu menipu. Ingatlah hidup takkan senang dengan menipu,” ujarnya lagi.
Sumber :Mstar
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.