Keluarga
Bahaya Anak Tonton Youtube Penuh Adegan Tak Bermoral, Beralih Dengan Durioo+ Aplikasi Terbaik Patuh Syariah
Bahaya Anak Tonton Youtube Penuh Adegan Tak Bermoral, Beralih Dengan Durioo+ Aplikasi Terbaik Patuh Syariah
Ibu bapa mana yang tidak risau bila anak-anak yang suka menggunakan gajet untuk menonton saluran streaming kartun seperti Youtube atau sebagainya ini sebenarnya telah mendedahkan mereka dalam bahaya. Bahaya yang bagaimana? Sesetengah video dan channel yang dipaparkan walaupun bercorak kanak-kanak namun ia mendatangkan bahaya anak tonton Youtube tanpa kawalan. Unsur-unsur LGBT, keganasan, dan adegan tidak bermoral sangat mempengaruhi minda kanak-kanak di luar sana.
Tidak mampu kawal setiap masa, datangkan bahaya anak tonton Youtube seorang diri
Otak kanak-kanak ibaratnya seperti span. Mereka mudah serap apa yang diajar, dilihat, dan didengar. Otak ini akan sentiasa berkembang ketika dia dilahirkan sehinggalah usia mencecah 5 tahun. Seolah-olah seperti bangunan yang sedang disiapkan, anak akan melalui satu demi satu proses yang mematangkan fikiran mereka. Memandangkan pada peringkat itu, otak anak masih dalam proses perkembangan, ibu bapa seharusnya lebih berhati-hari dalam memilih strategi membesarkan mereka. Bahaya anak tonton Youtube seorang diri tanpa kawalan kerana seminit kita alpa, anak akan menyerap banyak adegan tidak bermoral.
Dengan kekangan masa, dan tugas harian setiap masa baik di tempat kerja atau di rumah, ibu bapa pastinya tidak mampu untuk mengawal anak selalu. Biasanya, kita memberikan mereka gajet bila mana kita mahu mereka lebih terisi dengan “sesuatu” sementara kita menyiapkan tugasan yang lain. Namun yang disangka baik, rupa-rupanya tidak. Anak akan mula ketagih dan sukar untuk berpisah dengan gajet.
Ditambah dengan bahaya yang menanti mereka pada paparan video dan saluran-saluran Youtuber terkenal dengan konten “sampahnya” apa yang kita berharap tidak berlaku mungkin akan terjadi. Bahkan lebih teruk dari itu.
Statistik anak milik gajet di Malaysia sangat memeranjatkan!
Tinjuan yang dilakukan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Lembang Klang mendapati kira-kira 78.3% ibu bapa membenarkan anak memiliki gajet. Ibu bapa moden, mendidik anak dengan gajet sejak kecil sehingga mereka leka bermain dan lupa akan bahaya anak tonton Youtube tanpa kawalan.
Selain itu, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2017 oleh Institut Kajian Umum (IKU) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 50.1% pelajar sekolah menengah (13-17 tahun) menghabiskan masa lebih tiga jam untuk menonton televisyen dan bermain permainan di komputer.
Tinjauan itu turut mendapati 85.6% remaja adalah pengguna Internet dan 29% daripadanya mengalami ketagihan internet.
Di sini jelas, kita lihat bahawa kesan sewaktu ketagihan semasa kecil dulu boleh memberi impak ketika sudah dewasa. Justeri itu, membendung masalah dari akar umbinya lebih efektif iaitu dengan mengubah atau beralih kepada corak tontonan yang lebih baik dan memberikan pengajaran.
Durioo+ platfrom patuh syariah, konten bersih dari elemen tidak bermoral
“Kami mahu menyediakan platform yang selamat bagi membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam,” kata Sinan Ismail, pengasas Durioo
Siapa yang tidak kenal dengan siri animasi Omar & Hana dan Didi & Friends yang diasaskan oleh Digital Durian. Animasi ini telah meraih banyak kejayaan global dan memperoleh jutaan pengikut di laman saluran Youtubenya.
Kali ini, Digital Durian hadir membawa pembaharuan sebagai sebuah batu loncatan sebagai platform animasi untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia di samping memainkan peranan penting dalam ekosistem animasi digital di Malaysia.
Antara keistimewaan Durioo+ adalah seperti:
- Diasaskan oleh orang Islam, Sinan Ismal.
- Produk buatan Malaysia.
- Mengandungi isi konten patuh syariah dan bebas adegan tidak bermoral.
- Mengandungi lebih 100 episod yang terdiri daripada siri animasi dan bukan animasi berteraskan pegangan dalam Islam.
- Membawa 12 rancangan baru di bawah jenama Durioo Originals seperti Mina Mila, Little Ammar, Abibi, dan banyak lagi.
- Boleh di muat turun dari Google Play Store atau Apps Store.
- Boleh melanggan di Apple TV atau Android TV.
Kesimpulannya, Malaysia mempunyai banyak syarikat teknologi dan ikon yang membawa pembaharuan terbaik, namun mereka lebih gemar akan low-profile. Anak-anak tempatan khususnya melalui pelbagai usaha untuk membantu generasi akan datang hari ini agar menjadi generasi yang terbilang. Oleh yang demikian, sebagai ibu bapa anda pilihlah yang terbaik demi masa depan anak-anak.
Sumber: Wan Nur Syakira
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.