AGAMA
Asal Usul Kejadian Hadis Dhaif Lemah.

Asal Usul Kejadian Hadis Dhaif Lemah.
Sebelum kita bahas tentang kejadian Asal Usul Kejadian Hadis Dhaif Lemah, Team majalah ilmu ingin ucapkan terima kasih kepada Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah, atas sumbangan artikal bermanafaat ini. Mudah-mudahan artikal ringkas ini dapat kita memahami serba sedikit tentang hadis dhaif (lemah).
Hadis dhaif ialah hadis yang tidak diketahui periwayat ataupun periwayatnya tidak bersifat seperti periwayat hadis sahih atau hasan. Dalam hadis dhoif, ada dua pembahagian besar yang dilakukan oleh para ulama’. Pembahagian ini berdasarkan pada sebab-sebab suatu hadis yang dihukum dhaif. Yang pertama ialah kerana terputusnya sanad dan yang kedua cacatnya perawi bermaksud melakukan kesilapan samaada sengaja atau tidak sengaja.
Pembahagian besar yang pertama ialah terputusnya sanad, ianya dikatogerikan kepada dua bentuk iaitu zahir dan khafi. Zahir bererti hadis yang rangkaian sanadnya terputus secara jelas. Ertinya tanpa penelitian yang mendalam oleh ulama’, sanad hadis tersebut dapat dilihat terputusnya dengan cara mengetahui biografi perawi masing-masing. Contoh hadis yang terputus sanadnya dari segi zahir adalah hadis mua’llaq, munqoti’, mu’dhol dan mursal.
Manakala khafi pula, adalah hadis yang mana rangkaian sanadnya terputus pada hakikatnya akan tetapi setelah diteliti secara mendalam oleh ulama’ barulah dapat dilihat bahawa sanadnya terputus. Contoh hadis tersebut ialah mudallas dan mursal khafi. Penelitian ini hanya boleh diketahui oleh orang-orang yang mendalami ilmu hadis sahaja.
Seterusnya pembahagian besar yang kedua ialah disebabkan kecacatan pada perawi itu sendiri. Ia juga terbahagi kepada dua iaitu ‘adalah (keadilan) dan dhabit (penulisan hadis). Terdapat beberapa ciri terjadinya dhaif dari segi ‘adalah iaitu perawi yang sering berbohong, fasiq, pelaku bid’ah dan perawi yang tidak dikenali. Antara hadis tersebut ialah hadis maudhu’ dan matruk.
Kemudian dari segi dhabit pula terdapat beberapa ciri iaitu perawi sering melakukan kesalahan, sering lupa, lemah hafalannya, ragu-ragu dan berbeza riwayatnya dengan perawi-perawi hadis yang sangat dipercayai. Antara hadis tersebut dinamakan hadis munkar, syaz, mua’llal, mudtharib, musahhaf, muharraf, maqlub, mudraj dan al-mazid fi muttasil al-asaanid.
Kesimpulannya, hukum beramal dengan hadis dhoif ini diharuskan dari segi fadhail amal (amalan-amalan seharian) seperti zikir atau selawat akan tetapi dalam masa yang sama ianya perlu diikat dengan syarat-syarat atau dhawabit (panduan-panduan) seperti yang dinyatakan oleh jumhur ulama’.
Artikal Di hantar oleh graduan Fakulti Pengajian Islam, Universiti Sultan Azlan Shah
Penulis Artikal :
- MOHAMAD SYAFIQ BIN MHD KHOTIB
- MUHAMMAD IZZUDDIN BIN ALI TAKIDDIN
- MUHAMMAD SAUFI BIN BOHARI
- MUHAMMAD AIZAD BIN MOHD ZAHIR
Jika anda ada artikal ilmu dan petua-petua menarik untuk di kongsikan sila emelkan kepada kami.
-
AGAMA1 year ago
Ilmu Pagar Rumah Dengan Surah Yassin Ayat 9
-
Petua1 year ago
Air Nanas Panas boleh menyelamatkan Anda seumur hidup
-
Resepi Viral10 months ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
-
Keluarga1 year ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
-
AGAMA2 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
-
Keluarga1 year ago
Bahagiakan isteri adalah sedekah terbaik seorang suami, Rugi Tak Amalkan.
-
AGAMA2 years ago
Jgn lupa amalkan Doa Nabi Yunus, Semoga dipermudahkan keluar dari kesul1 tan hidup.
-
Keluarga3 months ago
Caranya ‘Packing’ Duit Baki Beli Lauk Ikut Tarikh, Elak Boros Berbelanja.