Apakah hukum suami buka wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran, Ini jawapan PU Azman

Apakah hukum suami buka wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran, Ini jawapan PU Azman

PU Azman antara pendakwah terkenal dalam media so si al melalui pendekatan dakwah santai berjaya menarik perhatian golongan muda.

PU Azman rajin membalas persoalan atau komen yang diutarakan dengan lebih santai dengan menyelitkan jenakanya yang tersediri. Jawapannya itu buat netizen terhibur sampai ‘menangis’ dibuatnya. Tetapi yang penting, isinya sampai.

Melalui akaun Instagram, PU Azman menjawab persoalan seorang netizen kepadanya. Kali ini PU Azman menjawab persoalannya di ruangan posting berkenaan dan tiada gurau senda dari PU Azman.

Soalan yang diajukan oleh netizen berkenaan :

” Nak tanya, kalau husband dia bukak wallet dan ambil duit isteri tanpa kebenaran, lepas tu tak mengaku ? “

Baca penjelasan daripada PU Azman di bawah :

” Haram. Suami mesti minta izin. Duit isteri, duit isteri. Duit suami, ada duit isteri. Dalam bentuk nafkah.. “

” Isteri berhak menguruskan duitnya sendiri tanpa izin suami. Cuma suami berhak masuk campur kalau isteri menguruskan perbelanjaan dengan cara yang salah. Seperti boros.. “

” Isteri boleh ambil duit suami senyap-senyap jika suami sangat kedekut dan tidak melunaskan pemberian nafkah sehingga menyusahkan isteri.. “

” DALIL :

قالت هند امرأة أبي سفيان للنبي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : إن أبا سفيان رجل شحيح وليس يعطيني ما يكفيني وولدي إلا ما أخذت منه وهو لا يعلم، قال خذي ما يكفيك وولدك بالمعروف (مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ)

Hindun isteri Abu Sufyan mengadu kepada Nabi : “Sesungguhnya Abu Sufyan adalah lelaki yang kedekut, dia tidak memberikanku sesuatu yang mencukupi keperluanku dan anak-anakku kecuali yang sengaja aku ambil sendiri tanpa pengetahuannya, jadi macamana tu? ” Nabi bersabda, “Ambilah kadar yang cukup untuk kamu dan anak-anakmu. [Bukhari dan Muslim] “

Antara komen-komen lain yang diterima oleh PU Azman di akaun instagram miliknya :

” Suami sy pun x pnh guna duit sy klu tnpa izin tp besday dia stahun 4 5 kli request. Tp sy suka sbb rasa prangai dia comel masa mintak adiah arijadi tuk 4 thun akn dtg puyer.. “

” Ak jenis malu nk mintak wet bini.. Ape2 pn ak besyukur.. Dgn gaji tak seberapa.. Ak xpenah lagi abai kn tanggung jawap ak sebagai suami.. Walau pn sikit.. Ak tetap beri… “

” Malangnya ramai lelaki Melayu macam ni… so typical. Dan isteri.. kalau nak rumahtangga aman kerana sayang anak2.. kenalah redha.. sabar. Tak kanlah nak ce rai be rai kan… “

” Tak kisah lah klu suami nak ambik… bkn org lain pun suami kita … klu sy lah tak kisah pun… “

” Suami sy alhamdulillah, walaupun pinjam rm10 dgn sy, ttp byr blk. tp sy halalkn je.. sy pun kalo amik duit dari wallet suami, ttp bgtau dia.. “

” Duit isteri hak isteri , duit suami isteri punya jgak hahahaha.. “

” Alhamdulillah.. xpernah lg husband buat gini.ambik duit dlm wallet husband pun xpernah. tp guna duit dia tuk online ade la.. “

Terima kasih PU Azman atas perkongsian ini. Semoga memberi manfaat kepada semua.

HUKUM SUAMI GUNA DUIT ISTERI

Jawapan Ustaz Azhar Idrus :

Jawabnya, HALAL…. Jika isteri HALALKAN. Tapi ingat! Perbelanjaan harian yang perlu adalah WAJIB atas suami walaupun isteri kaya dan banyak duit. Cth : Isteri berniaga RM20K sebulan, suami makan gaji RM2000 sebulan. Suami TAK BOLEH kata pada isteri, ‘Yang ni awak bayar’. Hukumnya HARAM.

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, ‘Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar’. Ini baru boleh.

Ramai suami2 yang memperbo dohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. ‘Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar’.

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.

Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

SUAMI JUGA TIADA HAK UNTUK BERTANYA TENTANG DUIT ISTERI DAN KE MANAKAH ISTERI BELANJAKAN DUIT TERSEBUT.

Ada pulak suami atau bakal suami yang kata, ‘Oooo… kalau macam tu teruk la.

Mana boleh….’ Jawapannya senang, kalau dah tahu tak boleh, jangan kahwin!

Sumber 1: IG PU Azman by Infomaya

Jika anda baru tau, jangan lupa untuk kongsikan informasi menarik ini. Terima kasih.

Artikal Popular

About majalahilmu 551 Articles
Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*