Kisah
Anak Orang Asli PERTAMA Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia, Genggam Ijazah Kelas Pertama!

Untuk mencapai kejayaan bukan satu perkara yang mudah,usaha keras pasti ada hasilnya.Orang asli di negara kita kini boleh tersenyum bangga dengan kejayaan suku kaum mereka, yang hebat dan cemerlang melakar kejayaan di universiti terkemuka dunia, sekaligus mengharumkan nama negara.
Menerusi Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA), Susherrie Suki mencipta sejarah dari suku kaum Semai berjaya menamatkan pengajian bagi peringkat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dari Bartlett School of Planning di University College London (UCL), United Kingdom (UK) dalam bidang Perancangan Bandar & Hartanah (Bachelor of Science Urban Planning & Real Estate with First Class Honours).
Anak Orang Asli PERTAMA Cemerlang Di Universiti Terkemuka Dunia
Sherrie merupakan pelajar Orang Asli yang mendapat tajaan Biasiswa MARA di bawah Program Young Talent Programme (YTP) untuk melanjutkan Ijazah Sarjana Mudanya di mana sebelum ini juga mendapat keputusan SPM yang sangat cemerlang iaitu 10 A’s.
Sherrie juga merupakan Graduan Orang Asli yang pertama dari Semenanjung Malaysia yang dianugerahkan Ijazah Kelas Pertama dari University College London (UCL).
UCL merupakan sebuah universiti terkemuka di dunia di mana ranking atau kedudukan semasa Universiti ini adalah di tangga yang ke-8 dunia (QS World University Ranking 2023) & juga di tangga yg ke-4 bagi universiti di UK.
Sherrie juga berasal dari negeri Perak di mana ibu dan bapanya merupakan Orang Asli suku kaum Semai yang berasal dari Kampung Orang Asli Chinggung, Behrang Ulu, Tanjung Malim, Perak & Kampung Orang Asli Ulu Geruntum, Gopeng, Perak.
Gadis cemerlang ini juga kini telah berjaya mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajiannya bagi peringkat Ijazah Sarjana (Master) dalam bidang Rekabentuk Bandar & Perancangan Bandar (Urban Design & City Planning) di Universiti yang sama.
Bukan itu sahaja, Sherrie juga fasih berbahasa Orang Asli Semai, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina-Mandarin dan Bahasa Melayu di mana dia merupakan seorang yang sangat aktif dalam pelbagai aktiviti di peringkat universiti dan di luar universiti.
Antaranya sebagai Ahli dalam Pertubuhan Diraja Perancangan Bandar (Royal Town Planning Institute – RTPI), Ketua Biro Publisiti di Bartlett Urban Planning Society, Ketua Biro Perhubungan & Korporat di UCL Malaysia Society, Ahli Persatuan Orang Asli Perak (POAP) dan Ahli Persatuan Mahasiswa Orang Asli Malaysia (PMOA).
Tahniah di atas kejayaan gadis muda ini yang merupakan anak orang asli pertama berjaya meraih keputusan cemerlang menggengam ijazah kelas pertama di universiti terkemuka dunia. Semoga menjadi inspirasi buat kita dan suku kaum orang asli yang lain juga dalam melakar kejayaan, sekaligus mengharumkan nama negara.
Sumber:Mingguan Wanita
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah