Kisah
Akibat Salah Pergaulan, Gorila Ketagih Main Phone Sehingga Dibelasah Gorila Yang Lain

Kehidupan di era baru ini penggunaan telefon pintar telah menjadi sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian ketika ini. Namun, ianya boleh bertukar sebagai sumbɛr hiburan semata jika berterusan menggunakannya.
Lebih merisaukan ketagḭhan pada gadget ini bukan hanya dialami oleh manusia, malah juga haiwan gorila!
Perkara yang sama berlaku kepada seekor gorila seberat 190.5 kilogram di zoo Lincoln Park di Chicago yang terlalu ketẫgih dengan telefon pintar. Akibat ketẫgihan, gorilla itu yang sedang asyik dengan telefon tidak perasaan sehingga disɛrang oleh gorila yang lain.
Gorila Ketagih Main Phone Sehingga Dibelasah Gorila Yang Lain
Berikutan kejadian itu, penjaga zoo diarahkan menghalang pengunjung daripada menunjukkan telefon iPhone mereka kepada gorila bernama ‘Amare’.
Semuanya bermula angkara salah pergaulan dengan manusia yang berkunjung ke zoo berkenaan. Ramai pengunjung selamba menunjukkan gambar dan video pada Amare sampai naik kemaruk.
Amare gemar mengambil swafoto dan menonton video dalam laman YouTube.
Lapor Daily Star, pihak pengurusan zoo terpaksa membina ‘zon penampan’ dengan tali bagi menghalang para pengunjung menunjukkan skrin telefon pintar mereka kepada Amare melalui dinding kaca.
Zon itu dibina selepas Amare diserang oleh gorila lain berikutan haiwan itu terganggu dengan peranti seorang daripada pengunjung.
Pihak pengurusan zoo bimbang Amare akan dibṳli kerana ketagihannya terhadap telefon pintar yang digunakan untuk melihat gambar individu lain, haiwan peliharaan malah gambar diri sendiri.
“Pihak kami bimbang mengenai Amare yang menggunakan sebahagian besar masanya untuk melihat gambar orang lain di telefon pintar.
“Kami lebih gemar haiwan itu menghabiskan masanya bersama kawanannya dan ‘belajar menjadi gorila’,” kata pengarah zoo, Stephen Ross.
Amare dikatakan semakin ketẫgih sehingga gemar duduk di sebelah dinding kaca agar boleh didekati pengunjung zoo yang merakam gambarnya dengan telefon bimbit.
Implikasi Sangat Besar Terhadap Sifat Liar
Gorila tidak sama untuk dibandingkan dengan manusia. Gorila tiada akal. Gerak-geri dan tingkah lakunya dipengaruhi fitrah dan naluri.
Tanpa akal, mereka tidak mampu berfikir secara rasional. Sangat tertarik pada skrin telefon pintar, Amare seolah-olah keluar daripada persekitaraannya sampai satu hari diserẫng gorila lain.
Menurut penjaga zoo, serẫngan ini adalah perkara biasa kerana gorila memang agrɛsif.
Tetapi punca kɛjadian kerana terbuai jauh akibat telefon pintar, sehingga boleh merisḭkokan kedudukan sosial Amare dalam kawanannya. Hal yang demikian boleh menjejaskan tumbesaran sosialnya. Amare boleh dipulau. Amare akan tersisih daripada kawanan.
Pihak Zoo Lincoln Park sekarang ini sedang mencari jalan untuk membɛtulkan keadaan.
Sumber :Info Kini
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah