INFO
Akibat Fenomena Istiqbal Musytari Nampak Amat Terang

Kali terakhir disaksikan oleh para peminat astronomi pada 20 Ogos tahun lalu, Musytari akan sekali lagi nampak amat terang akibat disinari penuh oleh matahari esok.
Menurut Agensi Angkasa Malaysia (Mysa) menerusi laman sosialnya, fenomena unik dikenali sebagai Jupiter Opposition atau Istiqbal Musytari itu dijangka berlaku pukul 3.25 pagi Selasa.
“Planet saiz paling besar dalam sistem suria kita ini akan berada pada kedudukan oposisi atau bertentangan dengan matahari dan boleh dilihat dengan mata begitu terang di langit,” katanya.
Akibat Fenomena Istiqbal Musytari Nampak Amat Terang
Musytari juga ujar Mysa, akan kelihatan sepanjang malam di buruj Pisces kerana berada pada jarak sekitar 4.95 unit astronomi (AU) daripada matahari dan hampir 3.95 AU daripada bumi.
Diameter ketara ukuran jasad samawi planet ini pula akan tampak sebanyak 48.8 saat arka, manakala magnitud kecerahan dijangka sekitar -2.9 apabila berada pada situasi istiqbal kelak.
Selepas fasa oposisi berakhir, planet ini akan masih lagi kelihatan di langit malam di ufuk timur pada waktu maghrib dan kenampakannya semakin menghala ke barat sehingga Mac 2023.
Sekiranya cuaca mengizinkan pada waktu tersebut, orang awam boleh memerhatikan terus Musytari hanya menggunakan mata kasar sahaja dengan cara menghadap ke arah ufuk timur.
“Langit mestilah bebas daripada sebarang halangan pencemaran cahaya pada awal malam dengan planet ini kelihatan seperti titik yang terang dan langsung tidak ada berkelip,” jelas Mysa.
Bagaimanapun ujarnya, penggunaan binokular atau teleskop adalah digalakkan jika ingin melihat permukaan Musytari dengan ciri luaran menonjol yang juga digelar sebagai Great Red Spot.
Bantuan peralatan tersebut turut membolehkan orang awam memerhatikan empat bulan utama planet ini iaitu Io, Europa, Ganymede dan Callisto yang amat dikenali sebagai Galilean Moons.
Istiqbal Musytari kelazimannya berlaku dalam tempoh setiap 13 bulan dan sekiranya terlepas, peluang sebegini akan dapat disaksikan balik sekali lagi pada 3 November tahun depan pula.
Dianggap sebagai planet yang kelima daripada matahari, Musytari memiliki sejumlah 80 bulan dan berputar sebagai gugusan objek satelit semula jadi dengan turut membentuk sistem Jovian.
Sumber:Utusan
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah