Connect with us

INFO

Ada Menteri, Timbalan Menteri, Tapi Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

cint

“Jangan berpuluh tahun memegang jawatan wakil rakyat di sana sampai memegang jawatan menteri namun rakyat di kawasan diwakili masih hidup dalam keadaan miskin tegar,” katanya.

Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin mempersoalkan mengapa lapan daerah di Sabah masih dilaporkan sebagai daerah termiskin di Malaysia sedangkan kebanyakan kawasan berkenaan diwakili oleh menteri serta timbalan menteri kerajaan.

Kenapa 8 Daerah Di Sabah Masih Termiskin

Rancangan Malaysia Ke 12 RMK12 Miskin buku FB

Katanya, daripada 10 daerah termiskin di negara ini, lapan adalah di Sabah, iaitu Kudat, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Telupid, Tongod, dan Nabawan.

“Kebanyakan kawasan ini ialah bawah kawasan Parlimen menteri serta timbalan menteri.

“Antaranya di Kota Marudu (yang diwakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri Maximus Ongkili, Beluran (Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee) dan Nabawan (Timbalan Menteri Kerja Raya Arthur Joseph Kurup).

Jalan paitan

“Selain itu di Pitas, iaitu bawah kawasan Parlimen Kudat sebelum ini diwakili bekas Menteri Kewangan Rahim Bakri, di Tongod yang juga bawah kawasan Parlimen Kinabatangan pula kini diwakili Timbalan Ketua Menteri Sabah.

“Kota Belud juga sebuah kawasan yang hebat apabila tiga pemimpin kanan sebelum ini berasal dari sana, iaitu mantan speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia; mantan menteri komunikasi dan multimedia Salleh Said Keruak serta bekas menteri EPU (Unit Perancang Ekonomi) Rahman Dahlan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

cint

Dalam hantarannya itu juga, Chan turut memuat naik gambar salah satu halaman dalam buku laporan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang menunjukkan senarai daerah termiskin di negara ini.

“Harap menteri-menteri ini dapat melonjakkan pembangunan di daerah termiskin di Malaysia itu.

“Jangan berpuluh tahun memegang jawatan wakil rakyat di sana sampai memegang jawatan menteri namun rakyat di kawasan diwakili masih hidup dalam keadaan miskin tegar,” katanya.

Sumber :Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU