INFO
80 Peratus Madu Didapati Tiruan Di Pasaran, Ia Mengandungi Gula Tebu Dan Air Gula Melaka Yang Berlebihan
80 Peratus Madu Didapati Tiruan Di Pasaran, Ia Mengandungi Gula Tebu Dan Air Gula Melaka Yang Berlebihan
hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pelbagai agensi berkaitan. Kira-kira 80 peratus madu terutamanya jenis kelulut sama ada produk tempatan atau import yang dijuaI di pasaran negara ini didapati adalah tiruan.
Situasi itu menyebabkan orang ramai perlu berfikir berkali-kali sebelum membeli madu kerana mereka bakaI terdedah dengan risiko peny”akit sekiranya terbeli madu tiruan yang mengandungi gula tebu dan air gula Melaka yang berlebihan.
Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Makanan, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Norra Ismail berkata, pihaknya mendapati terlalu banyak madu tiruan dijual terutamanya madu kelulut.
Menurutanya, harga madu kelulut tiruan jauh lebih murah berbanding madu asli.
“Jika madu kelulut asli, harga sebenarnya akan lebih mahal berbanding madu Iebah.
“Oleh itu, pembeli jangan mudah tertipu dengan tawaran harga murah oleh penjual kerana hasil ujian, 80 peratus madu yang dijual adalah tiruan,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Madu kelulut tiruan kebiasaannya dijual pada harga lebih murah iaitu antara RM15 hingga RM25 bagi 100 milliliter (ml) berbanding madu kelulut asli RM40.
Bagi madu lebah tiruan pula ditawarkan pada harga sekitar RM30 untuk botol bersaiz 660ml berbanding madu lebah asli melebihi RM50.
Norra memberitahu, bagi mengelakkan lebih ramai pengguna daripada terus menjadi mangsa penipuan, MARDI kini dalam peringkat akhir membangunkan kit uji ketulenan madu.
Katanya, kit pantas itu mampu mencapai keberkesanan ujian ketulenan madu lebah dan juga kelulut meIebihi 90 peratus dan boleh mengesan madu yang telah dicampur dengan bahan lain yang dikenali sebagai adulterasi.
“Ketika ini, kit tersebut dalam proses akhir peringkat ujian makmal dan akan mula digunakan oleh MARDI selepas mendapat persetujuan daripada pihak kementerian.
“Setakat ini, ujian makmaI mendapati, kit tersebut dapat menguji dan membezakan antara madu kelulut, madu lebah yang asli dengan madu tiruan.
“Buat masa ini, kita sedang menguji kit pada peranti mudah alih untuk kegunaan di lapangan dan menunggu kelulusan pengurusan atasan MARDI sebelum dapat digunakan oleh pengguna,” ujarnya.
Norra berkata, MARDI juga telah membangunkan satu standard berkaitan madu kelulut (MS2683:2017) bagi menjaga kualiti serta mengekang penjualan madu tiruan di pasaran.
“Menerusi standard ini, kita akan menguji peratus kandungan kelembapan, kandungan guIa serta beberapa parameter kualiti berkaitan madu kelulut itu sebelum ia boleh dipasarkan,” katanya.
Sumber ; Kosmo Online
- Resepi Viral5 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga5 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA5 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA5 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA6 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA5 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA6 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA5 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.