Connect with us

Petua

7 Tips Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari Untuk Usahawan Muslim

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

CC7CtomVEAENOzc

Sebut sahaja nama Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Albukhary hampir seluruh Malaysia pasti mengenali beliau. Salah seorang usahawan Islam yang terkaya di Malaysia dan ke -32 di Asia Tenggara menurut Forbes.

Bagaimana beliau berjaya keluar dari belenggu kemiskinan dan hidup susah sehingga beliau berjaya mencipta nama sebagai antara tokoh perniagaan dan termasuk dalam senarai orang paling kaya di Malaysia.

Pada kali ini saya ingin berkongsi apakah tips kejayaan beliau untuk berjaya dalam dunia perniagaan

Rahsia tips kejayaan  Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhari
1. Tips kejayaan – Usaha dan tekun, serta sedar ia mengambil masa

download

Usaha adalah tindakan yang harus di ambil oleh sesiapa sahaja yang inginkan kejayaan. Tidak kiralah sama ada kejayaan dalam perniagaan, kehidupan mahupun apa sahaja kejayaan yang ingin kita kecapi.

Namun, paling penting selain berusaha, kita juga perlu sabar dalam menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan.

Kejayaan itu pasti akan hadir bagi yang berusaha.

Cuma hanya masa sahaja yang menentukan, sama ada kejayaan itu cepat atau pun lambat

2. Tips kejayaan- Mengenali kekuatan dan kelemahan diri

Cara Mengetahui Kekuatan dan Kelemahan Bisnis

Hebat mana seorang usahawan atau peniaga, pasti ada kelemahanya. Begitu juga Tan Sri Syed Mukhtar Al- Bukhari.

Namun itu bukanlah masalah untuk seseorang untuk berjaya. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri sangat bagus untuk seseorang tersebut membuat keputusan.

Kita tidak perlu untuk membuang masa menyelesaikan sesuatu yang kita kurang mahir. Sebaliknya kita fokus kepada apa kekuatan dan kelebihan kita.

Segala kelemahan dan kekurangan pula, kita boleh out source sahaja. Dapatkan bantuan, atau bekerjasama dari mereka yang lebih arif tentang sesuatu perkara yang bukan kepakaran kita.

Dengan ini, ia pastinya membantu proses kemajuan dan perkembangan perniagaan kita dengan lebih pantas

3.Tidak ada jalan singkat dalam berniaga

No shortcuts

Tiada istilah jalan singkat dalam kamus kehidupan Tan Sri Syed Mukhtar.

Beliau sendiri mengambil masa puluhan tahun untuk mencapai ke tahap apa yang beliau miliki sekarang.

Beliau mula berniaga seawal di bangku sekolah lagi dengan membantu ibu dan bapanya berniaga dan membantu ibunya menanam sayur untuk di jual.

Manakala pada waktu rehat sekolah, beliau akan membantu bapanya mengembala haiwan peliharaan di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Juga banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-harian.

Kemiskinan hidup keluarganya, menjadi kekuatan untuk Tan Sri berusaha keras dan tidak berputus asa.

4.Kemewahan bukan motivasi bisnes

See the source image

Walaupun berniaga ni merupakan satu jalan untuk mencapai kekayaan, namun bagi Tan Sri Syed Mukhtar tidak pernah menjadikan kemewahan sebagai motivasi untuk beliau mencapai kejayaan hari ini.

Baginya, kemewahan hanyalah alat untuk membantu mengembangkan perniagaan.

Keperitan dan kesusahan hidup Tan Sri Syed Mukhtar yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi.

Inilah sebenarnya motivasi sebenar untuk beliau terus maju.

Keadaan itu juga mendorongnya untuk memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan.

Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Perniagaan itu akan lebih berjaya dan hebat jika kita lakukan apa yang kita cintai. Bukan tertakluk kepada kemewahan semata-mata.

Jika kita lihat sendiri ramai usahawan mahupun peniaga yang menjadikan kemewahan sebagai motivasi, akhirnya terperangkap dengan hutang yang meningkat akibat kesilapan ini.

5.Pangkat dunia juga bukan motivasi bisnes

main qimg d0dc2e4a293ea7d91104a8d69c2b555b

Jika pangkat menjadi ukuran, sudah tentu orang-orang kaya seluruh dunia ini akan memilih untuk memegang jawatan dalam pentadbiran sesebuah negara.

Namun apa yang kita lihat, tidak ada satu orang usahawan yang bergelar jutawan dalam dunia ini menjadi Perdana Menteri, atau memegang jawatan sebagai Presiden

Kebanyakan mereka memilih untuk hidup dengan corak dan gaya hidup pilihan mereka sendiri.

Kerana untuk mendapat gelaran itu sekarang lebih mudah, berbanding membangunkan sesebuah perniagaan.

Ada orang kata, ada duit, pangkat pun boleh beli

6. Kejayaan bisnes itu rezeki allah

2961739a90cc864070a022a49a9f5e9f

Sebagai orang Islam kita di ajar, agar sentiasa bersyukur.

Dan yakinlah kejayaan bisnes yang di lakukan itu adalah berkat rezeki yang di berikan oleh Allah atas usaha yang kita lakukan

7.Berbisnes kerana agama

masjid agung camlica di istanbul turki pada 3 mei 210505135522 614

9/10 kekayaan itu ada dalam perniagaan. Dalam agama Islam, amat digalakkan dan disarankan untuk menjalankan perniagaan. Sebabnya dalam berniaga itu ada banyak kebaikan yang kita boleh kecapi.

Bukan sahaja dalam dunia perniagaan, malah apa juga yang kita hendak laksanakan. Niatkanlah kerana Allah.

Niatkan kita berbisnes kerana ingin memartabatkan agama Islam. Kita ingin membantu lebih ramai orang Islam mendapatkan rezeki yang halal.

Agar dengan berbisnes, ekonomi umat Islam menjadi kukuh dan kita tidak lagi ditindas oleh musuh-musuh Islam itu sendiri.

Rasionalnya

Demikianlah serba sedikit tips kejayaan bisnes yang kita boleh ambil dan belajar dari Tan Sri Syed Mukhtar sebagai seorang tokoh usahawan Melayu Islam yang tersohor di dalam dan luar negara.

InsyaAllah semoga ianya menjadi inspirasi untuk kita sama-sama berjaya dalam dunia perniagaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU