Connect with us

INFO

500 Penunggang Motosikal Di Balok Terima Petrol Percuma

Avatar of nuraimialyaa

Published

on

1954049

Lebih 500 penunggang motosikal di Kuantan menerima sumbangan minyak petrol percuma di sebuah stesen minyak di sini pada Sabtu.Tiktokers terkenal, Muhammad Hasif Sharauddin atau lebih dikenali dengan nama Hasif Upin berkata, sumbangan itu bagi membantu komuniti setempat yang terkesan dengan kenaikan kos hidup ketika ini.

“Saya berharap sumbangan ini dapat membantu golongan berpendapatan rendah dan mengurangkan beban mereka tanpa perlu mengisi minyak untuk beberapa hari akan datang.

500 Penunggang Motosikal Di Balok Terima Petrol Percuma

1954049

“Saya memang gemar berkongsi video kandungan yang berunsur kebajikan kepada pengikut agar ia dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk prihatin dengan masalah orang lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Program Minyak Motosikal Percuma itu disertai bekas Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang ketika itu melakukan lawatan di kawasan sekitar.

Sementara itu, Saifuddin memuji insiatif dilakukan Hasif Upin yang prihatin dan memahami keperluan golongan masyarakat walaupun memiliki nama besar dan pengaruh di media sosial.

Sumber:Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

MAJALAH ILMU