Kisah
4 Hari Tidak Makan, Pemungut Tin Ini Hnya Mampu Tidur Untuk Menahan Lapar!

Setiap manusia yang diciptakan di muka bumi ini pasti akan diuji dengan ujian yang berbeza. Ada yang diuji dengan kekayaan harta & kuasa, ada juga yang diuji dengan kemiskinan.
Seperti satu kisah yang dikongsikan oleh seorang youtuber iaitu Vitaminbae mengenai seorang bapa yang diuji dengan kemiskinan sehingga membuat ramai penonton kisahnya mengalirkan air mata.
Lokasi kejadian : Tawau, Sabah
4 Hari Tidak Makan
Dikala orang yang lebih beruntung cukup makannya, selesa tempat tinggalnya, berbeza pula dengan pakcik ini yang hanya mengharapkan hasil jualan dari kutipan tin yang kadang ada kadang tiada untuk mengisi perutnya bersama 2 lagi anak yang menunggu dengan harapan di rumah.
Perkongsian daripada Vitaminbae :
“Alhamdulillah, rezeki berjumpa seorang Pakcik yang berjalan kaki lbh 10km untuk mencari botol dan tin. Lebih memilukan apabila Pakcik memberitahu dia sudah 4 hari dia tidak makan..”- Vitaminbae.
Dalam video yang dimuatnaik, youtuber yang lebih dikenali sebagai Mr.Bie terserempak dengan pakcik pemungut tin tersebut ketika dalam perjalanan balik ke rumah.
Ketika ditemui, pakcik tersebut sedang singgah berehat di sebuah pondok bas di tepi jalan yang dilaluinya. Pakcik tersebut kelihatan tidak bermaya.
Setelah didekati, rupanya pakcik tersebut mempunyai masalah pendengaran sudah 10 tahun lamanya. Kini, hanya sebelah telinga yang masih berfungsi.
Bercerita lebih lanjut, pakcik memberitahu bahawa dia mempunyai 10 orang anak namun telah bercerai dengan isterinya. 2 orang anak tinggal dengannya manakala selebihnya tinggal bersama si ibu.
Sebelum menjadi pemungut tin, pakcik dahulunya bekerja sebagai tukang kayu di kawasan berdekatan. Atas faktor kesihatan, dia terpaksa berhenti kerja.
Di tanya tentang makan sehari-harinya, pakcik memberitahu bahawa kadang-kadang mereka hanya mengisi perut dengan mee segera sahaja. Kadang kala, dia hanya mengharapkan ihsan daripada makciknya sahaja untuk mengisi perut.
Lebih menyayat hati apabila, ketika Mr.Bie terserempak dengan pakcik pada hari itu, rupa-rupanya sudah 4 hari dia tidak menjamah makanan.
“Jika terasa lapar, saya akan tidur untuk hilangkan rasa lapar..” katanya.
Allah! Menangis hati mendengarnya..
Ampunkan kami Ya Allah.. Ketika kami sedang menjamah makanan, rupanya ada saudara kami yang tidur dalam keadaan kelaparan.
Berilah kami kesempatan dan peluang untuk membantu insan-insan yang memerlukan seperti pakcik ini Ya Allah…Sungguh kami berdosa jika membiarkan mereka. Namun jika mereka terlindung daripada penglihatan dan pengetahuan kami Ya Allah, maka hantarlah hambamu yang lain untuk membantu mereka.
Sumber:Harmagidun
- Resepi Viral4 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA4 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.