Kisah
“21 Tahun Tinggal Bersama Mayat Isteri.’ Akhirnya Lelaki Ini Bersedia Untuk Berpisah

Mungkin ini caranya untuk menunjukkan rasa cinta dia pada isteri yang telah lama pergi.“21 tahun tinggal bersama mayat isteri.’ Akhirnya lelaki ini bersedia untuk berpisah dengan cinta sejatinya.
Biarpun rasa sedih namun akhirnya lelaki ini membuat keputusan yang terbaik untuk mengebumikan mayat isterinya yang telah meniggal sejak bertahun-tahun lalu.
Cinta sejati menyebabkan warga emas ini tinggal bersama mayat isterinya selama 21 tahun di kediaman mereka di bandar Bang Khen di Thailand.
“21 Tahun Tinggal Bersama Mayat Isteri
Bagaimanapun, Charn Janwatchakal, 72, akhirnya bersedia berpisah dengan jasad insan kesayangan itu dan membenarkan ia disemadikan pada 30 April lalu.
Upacara pengebumian dilakukan dengan bantuan Yayasan Phet Kasem Bangkok, malah video dan gambar mengenainya turut dikongsikan di media sosial.
Daripada perkongsian itu, kelihatan Charn menangis dan sama-sama mengangkat keranda isterinya.
Dia juga kedengaran berbicara di sisi jasad, “awak hanya pergi melakukan urusan seketika dan akan pulang ke rumah semula. Ia tidak akan mengambil masa lama, saya janji.”
Charn tinggal dengan jasad isterinya yang diletakkan dalam keranda di rumah kecil yang kelihatan seperti stor dan tidak mempunyai bekalan elektrik.
Dia menghabiskan banyak masa di rumah itu untuk tidur tetapi akan bercakap dengan jasad isterinya seperti wanita itu masih hidup.
Charn juga mengisi masa lapang dengan memelihara kucing dan anjing di sisi kediamannya.
Charn menghubungi yayasan untuk bantuan menguruskan pengebumian kerana bimbang isterinya tidak mendapat upacara sewajarnya sekiranya dia meninggal dunia.
Yayasan turut membantu warga emas itu mendaftarkan kematian isterinya dan mengambil sijil kematian yang didaftarkan pada 2001.
Difahamkan, tiada tindakan akan dikenakan ke atas Charn kerana menyimpan mayat itu.
Sumber :Mingguan Wanita
- Resepi Viral3 years ago
10 Resepi Ayam Berkuah Hidangan Menarik Ditengah hari
- Keluarga4 years ago
Sering kali Anak Sulung Selalu Kena Marah Tapi Sebenarnya Paling Istimewa Di Hati Ibu Ayah
- AGAMA4 years ago
Satu-satunya manusia yang bukan nabi, bukan pula Rasul, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Qur’an
- AGAMA4 years ago
Satu kuku panjang ibarat bela sekandang b4bi? Inilah dosa bela kuku panjang
- AGAMA3 years ago
Cara Senang Hafal Surah Al- Khafi Ayat 1 Hingga 10.
- AGAMA4 years ago
Cara Meruqyah Anak Yang Malas Untuk Belajar
- AGAMA4 years ago
5 doa yang buat rezeki anda datang dari arah tak disangka, lancar dan berkah
- AGAMA4 years ago
Nafkah untuk isteri tak termasuk keperluan barang dapur, Para suami kena ingat dan Wajib tahu.